CITARASA ASLI MASAKAN TRADISI WARGA JOHOR

“D’Timer Café ialah kafe berkonsep santai di Wangsa Maju yang menyajikan hidangan Johor asli seperti nasi ambeng, laksa johor, kacang pool serta pelbagai pilihan kopi termasuk café latte. Suasana tenang, mesra keluarga dan sesuai untuk kerja atau lepak. Sedia dine-in, takeaway & delivery.”

Bahan
Semulajadi

Penggunaan bahan semula jadi menjadi keutamaan kami bagi memastikan setiap hidangan bukan sahaja lebih sihat, malah mengekalkan rasa asli dan kualiti terbaik dalam setiap sajian.

Pelbagai Pilihan
Menu

Selain menu masakan Johor, kami turut menyediakan pelbagai pilihan lain seperti kopi, matcha latte, pastri, kek dan pelbagai sajian ringan — sesuai untuk dinikmati pada waktu pagi, petang mahupun malam dalam suasana yang santai.

Krew Terlatih

Krew dan staf kami terlatih serta berpengalaman dalam mengendalikan makanan dan melayani tetamu, dengan pematuhan kepada latihan keselamatan dan vaksinasi yang ditetapkan bagi memastikan keselesaan serta kepercayaan setiap pelanggan

Keaslian Citarasa Masakan Tradisi Johor

Menu Istimewa Kami:

LONTONG DARAT

Lontong Darat versi kering kami menggabungkan nasi himpit yang lembut bersama sayur goreng , serunding kelapa yang harum dan daging kurma yang dimasak hingga empuk

MEE BANDUNG

Mee Bandung dengan kuah pekat berasaskan rasa udang kering dan daging rebusan yang dimasak hingga sebati. Dihidangkan bersama mee kuning, telur dan sayuran segar untuk menghasilkan hidangan yang kaya rasa, mengenyangkan dan menepati citarasa tradisi Johor

KACANG POOL

Kacang Pool dimasak daripada kacang fava yang berperisa, digabungkan dengan daging dan rempah terpilih. Dihidangkan panas bersama telur dan roti bakar, sesuai dinikmati sebagai hidangan ringkas dan mengenyangkan.

LAKSA JOHOR

Laksa Johor disediakan dengan kuah ikan yang dimasak pekat bersama rempah tradisi, menghasilkan rasa lemak dan beraroma. Dihidangkan bersama spaghetti, ulam segar dan sambal belacan untuk keseimbangan rasa yang autentik dan menyelerakan

NASI AMBENG

Nasi Ambeng ialah hidangan nasi putih yang dihidangkan bersama ayam kicap pekat, mee goreng, serunding kelapa, sayur goreng, sambal belacan dan ikan masin, melengkapkan satu sajian tradisi yang kaya rasa dan mengenyangkan

D'TIMER ICED COFFEE

D’Timer Iced Coffee dibancuh daripada kopi terpilih dan diperkaya dengan susu pekat manis (condensed milk) untuk rasa yang seimbang, lemak dan menyegarkan. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa, sama ada untuk mulakan hari atau waktu santai.

APA KATA JJCM tentan d'timer cafe?

Alhamdulillah selain beroperasi lebih sedekad, kami juga biasa muncul di kaca-kaca televisyen dan program Jalan-Jalan Cari Makan yang dianjurkan oleh TV3 pada tahun 2017.

Sehingga kini, kami masih mengekalkan rasa yang sama pada masa menaik taraf kedai kami ke arah lebih mesra pelanggan & memenuhi kepuasaan pelaggan sewaktu berada di premis kami. 

Pakej Menu BERBUKA & PROMOSI D'TIMER CAFE

TEMPAHAN MENU MASAKAN KAMI

Kami berkonsepkan gabungan kafe moden dengan cita rasa masakan Melayu Johor yang dimasak mengikut resipi tradisi keluarga turun temurun.

Terkenal dengan menu Johor yang klasik dan jarang ditemui di bandar besar, seperti: Nasi Ambeng (hidangan nasi berlauk lengkap), Laksa Johor (menggunakan spaghetti), Lontong Darat/Kering, Kacang Pool, dan Mee Rebus Johor.

Private Party

Kami juga menyediakan tempahan mengikut menu teresedia di atas untuk majlis tertutup dalam bentuk bungkusan (per pax).

Corporate Event

Selain itu juga, kami juga menyediakan tempahan untuk program korporat (custom order) untuk tempahan masakan Johor - dalam bentuk packaging (non serve)

OUR BEST SELLER's MENU

Ini merupakan diantara best seller menu D’timer Cafe bila anda nikmati dan ingin cuba menu masakan johor kami di D’Timer Cafe :

Apa Kata Pelanggan Kami?

Donec convallis, elit vitae ornare cursus, libero purus facilisis felisa volutpat metus tortor bibendum elit. Integer nec mi eleifend, fermentum lorem vitae, finibus neque.

“Sukar nak cari Laksa Johor yang betul-betul ‘original’ di tengah Kuala Lumpur, tapi D’Timer Cafe memang tak mengecewakan. Kuahnya pekat, rasa ikan yang segar, dan paling penting, mereka guna ramuan sebijik macam masakan tradisi asal Johor. Memang mengubat rindu kampung halaman!”

Faris Abdul

Customer

“First time cuba Laksa Darat kat sini, terus jatuh cinta! Kombinasi kuah lemak dengan ulam-ulaman segar dia memang mantap. Sambal dia pun ada kick! Tempat bersih dan servis cepat. 5/5 ⭐”

Danial Hakimi

Customer

“Sebagai orang Johor, saya sangat cerewet bab Kacang Pool. Tapi kat D’Timer Cafe, rasa dia memang ‘A’. Cukup rasa rempah, limau kasturi, dan bawang besar yang segar. Sebiji macam rasa kat kedai-kedai tersohor di Larkin. Wajib cuba!”

PN SHILA

Loyal Customer

Nikmati kelazatan & RASA TRADISI MAKANAN JOHOR

Kami hanya menggunakan bahan-bahan segar yang dipilih setiap pagi. Daripada kerisik buatan sendiri untuk Lontong Darat sehinggalah ulam-ulaman segar untuk Laksa Johor, kami memastikan setiap bahan menyumbang kepada kualiti premium hidangan kami.